Selamat datang ke laman web Generasi Makmur Ventures (GMV)
Generasi Makmur Ventures diasakan oleh Joe Voon, kerana beliau berasa amat sedih ketika membaca tentang peristiwa di negara serta luar negara, dimana berjuta-juta orang hidup dalam keadaan miskin dan kebuluran. Terutamanya berita tentang seorang lelaki berumur 50-an yang terpaksa menjadi pencuri supaya cucu-cucunya dapat makan. Lelaki tersebut tidak dapat melarikan diri dan telah dipukul oleh sekumpulan orang sehingga cedera parah. Selain itu, berita tentang ibubapa yang terpaksa mencuri susu bayi formula kerana tidak mampu membeli susu formula untuk bayi mereka amat meyayat hati Joe Voon.
Keadaan inilah yang menggesa Joe Voon untuk memikirkan cara menolong orang miskin supaya tahap hidup mereka dapat dipertingkat dan mereka dapat mencapai kebebasan kewangan. Justeru itu, Joe Voon dengan kerjasama kawan baiknya, Trevor Tinda Ulak, telah memulakan GMV yang bertujuan memperbaiki kehidupan orang miskin supaya mereka dapat berdikari dari segi kewangan serta meningkatkan taraf hidup.
Joe Voon juga seseorang yang membenci skim cepat kaya, di mana kebanyakan skim-skim tersebut bertujuan menipu dan merompak wang simpanan orangramai. Dengan menggunakan program GMV, Joe Voon ingin mendidik dan mengajar orangramai supaya tidak ditipu atau diperalatkan oleh skim cepat kaya yang kejam. Matlamat program GMV ialah untuk mendidik orangramai tentang bahaya skim cepat kaya serta membantu meningkatkan taraf hidup orang-orang miskin supaya dapat berdikari dari segi kewangan.